4

Aug

(Eng & BM) Announcing MO1 cartoon T-Shirt

0 Comment| 0 Likes

Mengumumkan T Shirt kartun MO1.

Oleh kerana menteri-menteri dan pihak penguatkuasaan seperti AG, SPRM, PDRM dan BANK NEGARA tidak tahu siapa Malaysian Official 1, saya rasa terpanggil untuk membuat T shirt supaya rakyat mengenali individu yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ).

Seperti visual dalam T Shirt itu, MO1 sebenarnya adalah perompak paling besar di Malaysia, dengan hasil rompakan berbilion Ringgit.

Saya berharap dengan memakai T shirt ini, orang ramai dapat menunjukkan protes terhadap MO1 yang telah merompak USD 1 billion wang mereka seperti yang diumum DOJ. Ia juga untuk mengingatkan orang ramai bahawa, wang yang diguna untuk membeli kapal terbang, rumah mewah, hotel dan lain-lain hartanah di Los Angeles dan New York itu adalah duit rakyat. “Rasuah mereka, rakyat yang bayar”.

T Shirt ini boleh didapati secara online dalam facebook saya, “Zunar Cartoonist Fan Club” atau website saya www.zunar.my dengan harga cuma RM 26 (bukan 2.6 billion).

Zunar

Kaertunis Politik

(2 August 2016)

******

Announcing MO1 cartoon T-Shirt

Since  the cabinet ministers and the enforcement institutions like the AG, MACC, PDRM and Bank Negara are unable to identify the “Malaysian Official 1” as mentioned by the U.S Department of Justice (DOJ) in their report, may be it is better for me to do it on T-Shirts for people to know who the individual is.

As seen in the visual on the T-Shirt, MO1 is the biggest robber in Malaysia, who has plundered billions of people’s money.

I hope people will wear this T-Shirt to show their protest against MO1. The individual who has stolen USD 1 billion of their money to acquire properties such as a private jet, mansions and a hotel in Los Angeles and New York. “We are paying for their corruption.”

The T-shirt is available online via my facebook,  “Zunar Cartoonist Fan Club” or my official website www.zunar.my, selling at only RM26 (not 2.6 billion).

Zunar

Political Cartoonist

2nd August 2016

Leave a Reply

Your Shopping Cart