9 counts of sedition charges is politically motivated, to silence me.

Nine (9) counts of sedition charges slapped on me was the latest tactic by the government of Malaysia to silence me from criticizing the regime and from producing cartoons. If found guilty for all charges, I will be jailed for a maximum of 43 years. At the very last minute, they changed the original one charge to nine charges, resulting in RM45,000.00 bail (later reduced to RM22,500.00 by the court). This was clearly to punish me even before trial.

The charges are evidently politically motivated and a new level of intimidation and harassment against me.Even though it was about posted tweets on Twitter, clearly it is part of a grand modus operandy to stop me from drawing critical cartoons. Previously, the government tried several oppressive methods with several laws including Printing and Presses Act, the Sedition Act and Penal Code.

In 2010, the Home Ministry (KDN) banned seven of my comic books because the contents are “detrimental to public order”. A year later, the police detained me under the Sedition Act after the publication of a comic, “Cartoon-O-Phobia” and brought me on a tour to seven police stations in one night. The Police and the KDN also hauled up three of my printers and warned them not to print my books or risk losing their license.

November 2014, three of my assistants was detained for selling my cartoon books in Putrajaya. Two weeks after that, I was interrogated by the police over the publication of two cartoon books — “A Conspiracy to Imprison Anwar” and “Pirates of the Carry-BN.” November 2014 also saw the police summoned my webmaster to the police station for interrogation, and the authority raided my office several times and confiscated more than 1,000 of my cartoon books. The KDN and the police also raided bookstores through out the country and warned them not to sell my books.

In the same month, the police demanded MOLPay, a gateway company that facilitates my online sale, to reveal the details of my customers who have purchased my books through my website www.zunar.my.  Yesterday, the company again received yet another call from the police regarding the same matter.

These desperate moves show how inferior the government is – using a criminal laws instead of replying my criticism in a civilized manner. I would like to comment on the statement made by Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar that I ‘asked for it’ to be detained.

I remembered in 1998, Mahathir said Anwar punched himself in the eyes. Then in a recent year, the government lawayer said said Teoh Beng Hock strangled himself to death, and now IGP Khalid said I asked to be detained. Ha, ha, ha, I am really amused by the comical statement that he made. Khalid is a funny guy. I would like to invite him to join the comic industry. There is a big demand for fairy-tale storytellers. I am sure with the talent that he has, he can excel in the industry.

Now the IGP has set-up a special unit in Bukit Aman to monitor social medias. What IGP Khalid does not understand is that the internet is just a tool, not the root of the problem. The root of the problem is that, after 59 years of ruling, the BN government has driven the country down the drain. Khalid’s priorities should be to combat corruptions, graft and crimes.

In Islam, to fight against a corrupt regime is a great jihad. Caliph Ali, one of the great leaders in Islam, put up the priority right and said, “True patriotism is to tell the truth to an unjust ruler”. As a cartoonist, I do it my way. Talent is not a gift, but a responsibility. So I will use it as a tool to convey people’s voice through art and to push for total reform for a better Malaysia. I will not keep quiet. How can I be neutral, even my pen has a stand!

Zunar
Political Cartoonist
7 April 2014
Reciepient fo “Courage in Editorial Cartooning Award” by the Cartoonist Rights Network International

******************************************

9 tuduhan di bawah Akta Hasutan bermotif politik, mahui tutup mulut saya Sembilan tuduhan Akta Hasutan yang dikenakan kepada saya adalah taktik baru kerajaan untuk menutup

mulut dan menghentikan saya dari terus mengkritik dan melukis kartun. Jika didapati bersalah diatas semua tuduhan itu, saya boleh dihukum penjara maksima sehingga 43 tahun. Dan menukar di saat akhir pertuduhan asal dari satu kepada sembilan, yang menyebabkan sejumlah RM45,000 diperlukan untuk ikat jamin (yang kemudian dikurang kepada RM22,500 oleh mahkamah) adalah seolah-olah menghukum saya sebelum bicara.

Kesemua hukuman tersebut adalah bermotif politik dan merupakan tahap baru dari siri kekangan dan intimidasi terhadap saya. Walau pun ia berkenaan tweet, tetapi ia adalah sebahagian dari modus oerandi besar untuk untuk menghalang saya dari terus melukis kartun. Sebelum ini, kerajaan telah mencuba beberapa cara tekanan melibatkan beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.

Pada tahun 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tujuh buku kartun saya kerana kandungannya “mengancam ketenteraman awam.” Setahun selepas itu, polis menangkap saya di bawah Akta Hasutan selepas penerbitan buku “Cartoon-O-Phobia” dan saya diseret ke tujuh balai dalam satu malam.

Pihak polis dan KDN juga menyerbu tiga kilang percetakan yang mencetak buku-buku saya dan mengugut mereka agar tidak lagi mencetak buku-buku saya atau lesen mereka akan ditarik balik.

Oktober tahun lepas, tiga pembantu saya ditangkap polis di Putrajaya kerana menjual komik saya. Dua minggu selepas itu, saya disoal siasat oleh polis kerana penerbitan buku kartun “A Conspiracy to Inprison Anwar (Komplot Penjarakan Anwar)” dan “Pirate of the Carry-BN.”

November tahun lepas, polis menyoal siasat pengurus laman web rasmi saya. Pihak berkuasa juga telah beberapa kali menyerbu pejabat saya dan merampas lebih 1000 naskah buku kartun. KDN dan polis juga sering menyerbu kedai-kedai diseluruh negara dan memberi amaran kepada mereka agar tidak menjual buku-buku kartun saya.

Pada November tahun lepas, pihak polis memaksa syarikat penyalur pembayaran, MOLPay supaya mendedahkan nama-nama pelanggan yang membeli buku-buku atas talian melalui laman web rasmi saya. Dan semalam syarikat tersebut menerima satu lagi panggilan dari polis berhubung perkara berkenaan. Kesemu ataktik ini menunjukkan betapa takutnya kerajaan – memilih menggunakan undang-undang jenayah daripada menjawab kritikan saya.

Saya juga ingin membuat komen mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa saya sebenarnya yang meminta supaya saya ditangkap. Saya masih ingat, pada tahun 1998, Mahathir kata Anwar pukul diri sendiri, beberapa tahun lepas, peguam kerajaan kata Teoh Beng Hockcekik diri sendiri hingga mati dan sekarang KPN kata saya minta diri sendiri ditangkap. Ha, ha, saya sangat terhibur dengan kenyataan beliau ini. Khalid memang seorang yang kelakar. Saya ingin menjemput dia untuk menyertai industri komik memandangkan ada permintaan besar untuk jawatan tukang cerita dongeng. Saya yakin dengan bakat yang dia ada, dia pasti cemerlang.

Sekarang KPN telah membuka satu unit baru di Bukit Aman untuk memantau media sosial. Apa yang beliau tidak faham ialah internet hanyalah perkakas, bukan punca kepada masalah negara. Punca masalah di Malaysia ialah BN yang memerintah Malaysia selama lebih 58 tahun telah menjerumuskan negara ke dalam longkang.

Khalid sepatutnya mengggandakan usaha menentang rasuah, korupsi dan jenayah. Dalam Islam, melawan rejim rasuah dan zalim adalah satu jihad. Saidina Ali meletakkan keutamaan ini

dengan berkata, “Patriotik adalah berkata benar di hadapan pemerintah zalim.” Sebagai kartunis, saya lakukan dengan cara saya. Bakat bukan keistimewaan, tetapi adalah tanggungjawab. Saya akan gunakan bakat untuk membawa suara rakyat melalui karya seni bagi untuk reformasi. Saya tidak akan berdiam diri. Bagaimana mungkin saya bersikap nuetral, padahal pen saya juga ada stand.

Zunar
Kartunis Politik
7 April 2015
Anugerah “Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis

Antarabangsa (CRNI).