23

Apr

(BM & ENG) Zunar: I will lead 20 cartoonists on exhibition featuring political, Anwar issues Saturday 25 April 2015

0 Comment| 0 Likes

Saya akan ketuai 20 kartunis pamerkan kartun isu Anwar, isu politik semasa.

Saya akan mengetuai 20 kartunis untuk mempamerkan lebih 200 karya kartun-kartun independen dan alternatif mengenai isu Anwar dan isu-isu politik serta ekonomi negara. Selain isu Anwar, isu-isu lain termasuk Akta Hasutan, GST, POTA, PM dan isteri, jet dan lain-lain isu politik.

Kartunis-kartunis yang terlibat ialah Zunar, Megat, Baba, Aku Napie, amn, Bai, mrsyed, A.Z, Haili, JOCA, Sukhbir Cheema, Art Saad, Benny Loh, Brado Otai, Kafang, Tuyuk, Orang-Orang, Jonos dan Siti Atikah. Kesemua mereka adalah ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen (KKI).

Pameran tersebut adalah sebahagian dari program “Dunia Kartun Selangor – Hak Berkarya.”  Ia akan diadakan pada hari Sabtu 25 April dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Tasik Taman Jaya, (bersebelahan Amcorp Mall) di Petaling Jaya.

Selain itu, “Dunia Kartun Selangor” juga menampilkan program berbentuk kartun untuk orang ramai seperti karikatur, bengkel melukis kartun, sudut conteng-conteng, peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak. Sila lihat di sini untuk detail. Program dianjur oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama

Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Selain itu, terdapat juga jualan buku hasil karya Zunar dan ahli-ahli KKI.

Zunar

Kartunis Politik

22 April 2015

*******************************

I will lead 20 cartoonists on exhibition featuring political, Anwar issues

I will be leading 20 cartoonists to exhibit 200 over independent and alternative cartoons related to Anwar as well as current political and economic issues in the country. Besides Anwar, the cartoons cover issues such as Sedition Act, GST, POTA, the Prime Minister and his wife, private jet and others.

Participating cartoonists are Zunar, Megat, Baba, Aku Napie, amn, Bai, mrsyed, A.Z, Haili, JOCA, Sukhbir Cheema, Art Saad, Benny Loh, Brado Otai, Kafang, Tuyuk, Orang-Orang, Jonos dan Siti Atikah. All of them are members of Independent Cartoonist Group (Kumpulan Kartunis Independen, KKI).

The exhibition is part of the “Selangor Cartoon World – Right to Creativity” program. It will be held on 25 April (Saturday), from 9am to 6pm at Tasik Taman Jaya (next to Amcorp Mall) in Petaling Jaya.

“Selangor Cartoon World” will be hosting other events for public participation such as caricature, cartoon drawing workshop, sketch corner, children drawing and coloring competition. Kindly refer here for more details.

The program is co-organized by the Selangor State Government and Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Cartoons by Zunar and members of KKI are available for sale.

Zunar

Political Cartoonist

22 April 2015

Your Shopping Cart