foto hadiah hakim 1

28 Nov 2013: Zunar menghantar buku terbarunya, “Pirates of the Carry-BN” sebagai ‘hadiah’ kepada para hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kes beliau awal November lepas. Dia menghantar sendiri buku tersebut di kaunter pendaftaran Istana Kehakiman di Putrajaya pagi semalam.

Beliau berharap hakim-hakim tersebut akan membaca buku itu dan akan lebih memahami kartun dan peranan kartunis politik dalam negara demokrasi.

Mesej yang ditulis dalam buku itu ialah:

Hakim Abdul Aziz, Arif dan David Wong…

Pada 1 November 2013, anda telah membuat penghakiman bahawa “Pihak polis mempunyai hak untuk menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku Cartoon-O-Phobia pada September 2010.

Tolong baca buku ini dan anda akan dapati bahawa Melukis Kartun bukanlah Jenayah!!!

Yang benar,
Zunar