gambar qualityZunar sumbang kartun berharga RM32,000 bagi tujuan “Selamatkan Malaysia”

Zunar turut mengambil bahagian dalam acara melelong untuk sumbangan kepada tabung pilihanraya Pakatan Rakyat. Acara tersebut adalah sempena majlis makan malam yang diadakan di Shah Alam, tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 28 September 2012.

Kartun yang dilukis secara langsung diatas pentas itu dibeli oleh seorang penderma dengan harga RM32,000, selepas melalui proses lelongan. Kesemua wang itu diserah kepada tabung Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Menurut Zunar, adalah satu penghormatan bagi beliau untuk bersama-sama menyumbang ke arah “Selamatkan Malaysia.”