30

Sep

Zunar/KKI akan “Conteng Lynas” di Kuantan 5 Okt

0 Comment| 0 Likes

iklan Lynas3a

30 SEPT: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka untuk membantu kempen anti-Lynas di Kuantan pada 5 Oktober depan.

Dalam program “Conteng-conteng Lynas” itu, mereka antara lain akan mengadakan demonstrasi melukis kartun, melukis karikatur, melukis atas kain rentang, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya. Selain Zunar, kartunis lain yang akan mengambil bahagian ialah Megat, Jonos, Azmia Taha, Azman Matnoh, Baba, Shem dan Noky.

Acara tersebut akan diadakan pada jam 5 petang di Pantai Batu Hitam, Balok (5-7) dan pada sebelah malam di Pantai Teluk Chempedak (bermula jam 9).

Menurut kenyataan KKI, semua acara melukis tersebut bertujuan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya kilang nadir bumi Lynas dan supaya mereka bersama-sama bangun memprotes kehadiran kilang tersebut di bumi Malaysia.

“Sebagai kartunis, ini adalah sumbangan kami untuk memastikan Malaysia bebas dari ancaman bahan kimia beracun yang bakal memusnahkan masa depan kita,” kata kenyataan itu.

Semua acara tersebut terbuka dan boleh disertai orang ramai dan untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi nombor telefon 012 9517661.

Leave a Reply

Your Shopping Cart