The publication of my Ebook, “Hello Mr. Peng Khia Nutt”

I would like to announce the publication of my latest book of cartoons collection titled “Hello Mr. Peng Khia Nutt.” Unlike my previous books, this time it is not a physical one but rather an e-book. “Hello Mr. Peng Khia Nutt” covers my thoughts, stand and fun poking on the latest political issues in Malaysia. The issues are: corruption, the betrayal of people’s mandate, inept leadership as well as political clownism such as doraemon, tik-tok, warm water, 500 countries and many more.

I decided to do an e-book because I think this is the best form of publication in times of Covid pandemic and digital new norm.

Even though e-book is prone to piracies and duplications, my main aim is not about financial gains but to spread messages through my cartoons. Talent is not a gift; talent is a responsibility. I also want to provide joke for the depressed citizens – to make them laugh to what we all agree that we currently have the worst government in our history. Thanks to all Mr. and Mrs. Peng Khia Nutts.

The book, which consist 91 artwork of cartoons can be purchased via this link (https://www.zunar.my/shop/ebooks/mr-peng-khia-nutt-digital-book/) with a minimum price of RM10 each. The purpose is to get more people to have access to my cartoons – as education and mind opener for some section of readers.

At the same time, I am hoping that for those who have more financial stability to contribute at the donation link on the same website. For years I have been producing daily cartoons on a “free of charge” basis; I hope your kind contribution can support me to keep producing more.

Zunar
Political cartoonist
15 June 2020


Penerbitan Ebook, “Hello Mr Peng Khia Nutt”

Saya dengan ini mengumumkan penerbitan buku koleksi kartun terbaru berjudul, “Hello Mr Peng Khia Nutt.”

Tidak seperti sebelumnya, buku ini bukan berbentuk fizikal, sebaliknya ia adalah dalam bentuk e-book.

“Hello Mr Peng Khia Nutt” merangkumi pemikiran dan pendirian saya serta kritikan dan lawakkan terhadap isu-isu politik mutakhir di Malaysia.

Isu-isu ini termasuk: Rasuah, pengkhianatan terhadap mandat rakyat, kepemimpinan yang lemah serta pembadutan seperti isu doraemon, tik-tok, air suam, 500 negara dan lain-lain seumpamanya. E-book dipilih kerana saya merasakan ini adalah wadah terbaik bagi pembaca ketika krisis pandemik Covid dan norma baharu digital.

Ia tidak akan menjana pendapatan yang baik kerana e-book terdedah kepada cetak rompak dan penduaan, tetapi matlamat utama saya bukanlah mencari wang, sebaliknya untuk menyampaikan mesej melalui kartun-kartun saya. Bakat bukan anugerah, tetapi adalah sebuah tanggungjawab.

Saya juga mahu menyediakan bahan ketawa kepada warga negara yang dirundung kemurungan akibat suasana politik kebelakangan ini. Terima kasih kepada semua Encik-encik dan Puan-puan Peng Khia Nutt sekelian.

Buku yang mengandungi 91 lembar kartun ini boleh dibeli melalui link ini (https://www.zunar.my/shop/ebooks/mr-peng-khia-nutt-digital-book/) dengan harga minima saja – RM10 senaskah. Tujuannya ialah supaya lebih ramai orang dapat membaca kartun saya, sebagai wadah pendidikan dan pembuka minda bagi sesetengah pembaca.

Pada masa yang sama, kepada yang berkemampuan, boleh menyumbang melalui link yang disediakan juga melalui laman web yang sama.
Selama bertahun-tahun saya mengeluarkan kartun-kartun dengan percuma, dan saya harap dengan adanya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, ia akan ini dapat membantu saya untuk terus bekarya.

Zunar
Kartunis Politik
15 Jun 2020