13

May

The Launching of “Cartoonists Against Election Fraud (CAEF), Pelancaran gerakan Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya

0 Comment| 0 Likes

CAEF 8
[wptabs effect=”fade” mode=”horizontal” background=”false”]
[wptabtitle]English[/wptabtitle] [wptabcontent]
Basic CMYKThe Launching of “Cartoonists Against Election Fraud (CAEF) Malaysia” Movement In any democratic country, fair elections is fundamental. The Barisan Nasional ruling coalition led by Prime Minister Najib Razak has won the General Elections held in Malaysia on May 5th from by fraudulent methods. This blatant cheating is reinforced by the fact that the opposition coalition Pakatan

Rakyat led by Anwar Ibrahim receives 50.3% of the popular vote compared to 46.8% for the Barisan Nasional.

The cheatings included the right to vote given to non-citizens, counting fraud, the non-indelible ink, phantom voters, dubious early voters, vote-buying and dubious electoral rolls. As a cartoonist, I am of the opinion that Najib and BN are not legally qualified to rule Malaysia.

Due to that fact, I have set up a movement called “Cartoonists Against Election Fraud (CAEF) Malaysia”. Among the activities by CAEF will include the publishing of cartoons on the Internet, books, pamphlets and animation to raise public awareness on the enormity of the fraud in the recent GE13 election and that people will rise up against electoral frauds. CAEF will also hold road shows on this issue.

We are also ready to cooperate with the BERSIH and other NGOs throughout the country. CAEF will also seek to establish ties and networking with other international cartoonist movements and NGOs for the same purpose.

CAEF’s goal is to put pressure to the authorities to not recognize the results of the 13th General Election, and a re-election to be held and monitored by authoritative bodies such as the United Nations. Otherwise, CAEF will not recognize Najib as the Prime Minister of Malaysia. CAEF will move on the Independent Cartoonist Group (Kelab Kartunis Independen – KKI) platform.

The launch of the movement will be held at Amcorp Mall (facing the lake) on 18th May from 11 am to 6 pm. It will be officiated by newly-elected Lembah Pantai’s MP, YB Nurul Izzah Anwar between 4 to 6 pm. Among the program are mini exhibition by KKI members, caricature, autograph and book selling.

Among the KKI members are Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj (Loren), Oly, Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along), Megat, Firdaus
and Baba.

weblogo

CAEF Head
Malaysian Political Cartoonist
The recipient of “Courage in Editorial Cartoons 2011” conferred by the Cartoonist Rights Network

International Cartoonist
13 May 2013
[/wptabcontent]
[wptabtitle]Bahasa Melayu[/wptabtitle] [wptabcontent]
Basic CMYKPilihanraya yang adil adalah faundamental dalam sesebuah negara demokrasi. Parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak telah memenangi Pilihanraya Umum yang diadakan di Malaysia pada 5 Mei lepas dengan menggunakan kaedah penipuan. Penipuan jelas dikukuhkan
dengan fakta bahawa parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai Anwar Ibrahim mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional.

Antara penipuan termasuk: rakyat luar negara diberi hak mengundi, penipuan pengiraan, dakwat kekal yang boleh ditanggalkan, pengundi hantu, undi awal yang meragukan, pembelian undi serta senarai daftar pemilih yang meragukan.

Sebagai kartunis, saya berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
Kerana itu, saya menubuhkan gerakan bernama “Cartoonists Against Election Fraud (CAEF) Malaysia” atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya. Antara kegiatan CAEF ialah menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa
besarnya penipuan dalam piliharaya yang diadakan baru-baru ini dan supaya rakyat bangun melawan penipuan pilihanraya. CAEF juga mengadakan road show mengenai isu ini.

Kami sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara. CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama.

Matlamat CAEF adalah memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan sebuah pilihanraya diadakan semula dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jika itu tidak dilakukan, kami tidak akan mengktiraf Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

CAEF akan bergerak atas wadah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
Majlis pelancaran CAEF akan diadakan di Amcorp Mall (menghadap tasik) pada Sabtu 18 Mei depan dari 11 pagi hingga 6 petang. Ia akan dirasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar antara jam 4 – 6 petang. Selain pelancaran, turut akan diadakan ialah pameran kartun mini oleh ahli-ahi KKI,
karikatur, sesi autograf dan penjualan buku.

Antara ahli KKI ialah Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj (Loren), Oly, Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along), Megat, Firdaus dan Baba.

weblogo

Ketua CAEF
Kartunis Politik Malaysia
Pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi

Kartunis Antarabangsa
13 Mei 2013
[/wptabcontent]
[/wptabs]

Leave a Reply

Your Shopping Cart