4

Feb

Zunar: Saya dijemput berucap di PBB

0 Comment| 0 Likes

Pengumuman: Saya dijemput berucap di PBB

Saya ingin mengumumkan bahawa saya dijemput untuk berucap dalam sebuah forum di Bangsa-bangsa-Bersatu (PBB) mengenai hak berkarya pada 6 Mac depan.

Forum bertajuk “Defending artistic expression – time for the UN to act” (Melindungi Hak Expresi Artis – Masa untuk PBB bertindak) akan diadakan di Palais des Nations, United Nations, Geneva.
Forum itu diadakan sempena Sesi Hak Asasi Manusia PBB.

Dalam ucapan, saya akan menekankan bahawa hak ekspresi seniman harus diletak ditempat teratas dan tidak boleh dikompromi. Saya juga akan menyetuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan estrimis dan regim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman.

LATAR BELAKANG

Pada 28 Januari lepas, pejabat Zunar diserbu ketika beliau mengadakan pameran dan program di London. Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 150 buku-buku kartun beliau.

Ini adalah serbuan kali ketiga oleh pihak berkuasa di pejabat beliau – kali pertama pada Ogos 2009 dan seterusnya pada September 2010 di mana lebih 500 buku komik “Gedung Kartun” dan “Cartoon-O-Phobia” dirampas.

Pihak berkuasa juga turut menyerbu pekedai, pengilang serta penerbit dan mereka diberi amaran bahawa lesen perniagaan mereka akan ditarik balik sekiranya terus mencetak dan menjual buku Zunar.

* Pada 6 November 2014, tiga pembantu Zunar telah ditangkap dan disiasat kerana menjual buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “. Sebanyak 44 buah buku turut dirampas oleh polis.

* Pada 12 November 2014, pengendali laman web telah rasmi Zunar (zunar.my) disiasat polis. Polis juga meminta syarikat pengendali urusniaga penjualan, MOLpay untuk menyerahkan senarai nama-nama pembeli buku Zunar secara online.

* Pada 20 November 2014, Zunar disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

* Pada Julai 2010, lima judul buku Zunar bertajuk “Perak Darul Kartun”, “1 Funny Malaysia”,”Isu Dalam Kartun” Vol. 1, 2 dan 3 telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri atas alasan kandungannya “Mengancam ketenteraman awam.”

* September 2010, Zunar ditangkap dibawah Akta Hasutan dan dilokapkan selama dua hari kerana penerbitan buku “Cartoon-O-Phobia.”

* September 2009, pejabat Zunar di Kuala Lumpur diserbu dan 500 buah buku “Gedung Kartun” dirampas.

* Julai 2011 Zunar menerima anugerah “Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

* Ogos 2011 Zunar menerima anugerah Hellman Hammett sebagai pembela hak asasi dari Human Rights Watch.

Your Shopping Cart