5

Apr

Zunar terbitkan klip animasi Manifesto Pakatan Rakyat

2 Comments| 0 Likes

Saya dan Kumpulan Kartunis Independen (KKI) dengan ini mengumumkan pernerbitan sebuah video klip animasi bagi membantu rakyat memahami dengan lebih mudah tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat di dalam manifestonya.

Kami berpendapat bahawa apa yang dijanji oleh gabungan itu melalui manifestonya adalah penyelesai masalah jangka panjang rakyat Malaysia dari segala aspek sosio-ekonomi.Kerana itu, kami secara terbuka menyokong manifesto ini dan mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan animasi ini yang juga merupakan sumbangan kami untuk turut bersama membawa perubahan di negara ini.

Zunar, Ketua KKI
5 April 2013

**********************************************

Latar belakang KKI

Kumpulan Kartunis Independen (KKI) diujudkan pertengahan 2011, di tengah kekangan kerajaan terhadap karya-karya kartunis terutama kartun-kartun politik. Ahli-ahli kumpulan ini berdiri atas prinsip berkarya secara ‘bebas tetapi bertanggungjawab’.

Ertinya, dalam memperjuangkan kebebasan berkarya bagi kartunis, KKI mendoktrinkan setiap kartunis mesti bertanggungjawab terhadap karya-karya dan mesej yang terkandung di dalam kartun-kartun mereka. Kerana itu setiap karya ahli KKI mesti mempunyai tanda tangan pelukis dan tanda tangan itu mesti boleh mengaitkan dengan identiti pelukis.

Antara kartunis yang bergabung dalam KKI ialah Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj (Loren),  Oly, Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along), Megat, Firdaus dan Baba.

Non kartunis – Noky Haniza, Shem, Azhar Ali, Ieda, Jai Ismail, Kamil, Tham, Anis, Sumida Harun, Pyan Habib, Amin, Ayong, Nashita, Bad dan lain-lain.

email: [email protected]

    2 Comments

  1. Cadangan idea:

    Lukis all calon yg lompat keluar dari PKR dlm bentuk katak masing2 melompat untuk dapat masuk dalam barisan Nasional (lambang) hanya satu katak guna motosikal lended dlm lambang BN. (Zul No Din)

    Reply

  2. Cadangan 2 Idea:-

    Semua yg lompat keluar parti dan tidak disinaraikan calun BN daftar Parti baru ambang KITAR SEMULA.

    Reply

Leave a Reply

Your Shopping Cart