The publication of my latest book “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”.

COVID gives a negative global effect on health and economy. However, in Malaysia, things got worse. This is because at the same time we are also facing political uncertainties. As a result, the rakyat live in great depression. I am not a doctor who could prescribe a medicine or two, but I would like to offer “Laughing Therapy” to ease the tension. Thus, I would like to announce the publication of my latest cartoons book titled “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”.

“POLITIK CACA MARBA” covers my thoughts and stand on the latest political issues in Malaysia. The said issues are mostly about corruption, betrayal of people’s mandate, and inept leadership. Also introducing political katak, Doraemon, air suam (warm water), COVID, double standards law, the practice between ministers and the people, state of emergency (darurat) attempt, Budget, among others.

In summary, I think that the PN leaders are clueless, with no central command and direction. The country is not progressing but rather regressing.

Since this is a therapy, I tried as much to address these important issues in a very funny way.

“POLITIK CACA MARBA” which consists of 170 artwork of cartoons can be purchased via my official website www.zunar.my. It has an English translation and priced at RM30 each. You can click the button below to proceed to purchase. Pre-orders will start delivering by 15th December 2020. Grab your copy today!

Zunar
Political cartoonist
17 Nov 2020


Mengumumkan pernerbitan buku terbaru, “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”.

COVID membawa kesan negatif secara global bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi. Di Malaysia pula, kesannya lebih teruk daripada itu. Ini kerana pada masa yang sama, kita juga mengalami ketidaktentuan politik. Ini membuatkan rakyat hidup dalam kemurungan yang besar. Saya bukanlah seorang doktor, tetapi saya ingin menawarkan “Terapi Ketawa” bagi mengurangkan ketegangan itu. Sehubungan dengan itu, saya mengumumkan penerbitan buku terbaru, koleksi karya-karya saya – “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”.

“POLITIK CACA MARBA” adalah nukilan pemikiran dan pendirian saya mengenai isu-isu semasa politik di Malaysia. Ia termasuk rasuah, pengkhinatan mandat rakyat dan ketidakmampuan memimpin.

Juga mengenai katak politik, Doraemon, air suam, Covid, perlaksanaan undang-undang secara double standard antara para menteri dan rakyat, percubaan isytihar darurat, Bajet, dll.

Kesimpulannya, pada pandangan saya pemimpin-pemimpin PN tidak mahir memerintah ditambah dengan tiada arah tuju yang jelas. Oleh kerana itu, Negara tidak menunjukkan kemajuan, sebaliknya mengundur.

Memandangkan ia adalah satu bentuk terapi, saya mencuba bersungguh-sungguh untuk membawa isu-isu yang serius ini dalam bentuk yang sangat lucu.

“POLITIK CACA MARBA” yang mengandungi 170 karya-karya kartun boleh dibeli melalui laman web rasmi saya, www.zunar.my. Ia dilengkapkan dengan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris, dan berharga RM30 setiap satu. Anda boleh mengetik butang dibawah untuk membuat pembelian. Pra-pembelian akan diproses pada 15hb Disember 2020. Dapatkan naskhah anda hari ini!

Zunar
Kartunis Politik
17 Nov 2020