9

Feb

(BM) Video Teresa: Kerajaan minoriti takut satira

0 Comment| 0 Likes

Dalam sesebuah negara demokrasi, satira politik telah sekian lama menjadi sebahagian dari proses amalan demokrasi yang sihat. Karya satira sama ada dalam bentuk kartun, teater atau video memainkan peranan penting dalam menyalurkan penentangan, mendidik pembaca dan menyediakan informasi alternatif.

Sebagai contoh, ratusan kartunis politik Amerika mengkritik Obama setiap hari, tetapi beliau menghargai sumbangan mereka malah ada kartunis yang diberi anugerah Presidential Medal of Freedom Awards dari Rumah Putih.

Salah satu sebab Putrajaya begitu takut kepada karya satira ialah kerana kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti. Kerajaan yang hanya berjaya mendapat 47% undi popular, dan sudah tentunya dibina dengan perasaan rendah diri dan dipimpin oleh pemimpin yang lemah.

Video karya Teresa Kok’s sebenarnya tidak begitu lucu, tetapi tindakan kerajaan membuat saya ketawa besar!

Namun kelemahan kerajaan bukan alasan bagi pihak berkuasa untuk menghukum rakyat. Kerana itu, saya mendesak kerajaan menggugurkan semua tindakan karut terhadap Teresa atau menghadapi kemerosotan populariti di bawah 47%.

*****************************

Zunar adalah kartunis politik yang pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun. Tujuh buku beliau diharam oleh kerajaan.

Zunar adalah penerima anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.

Leave a Reply

Your Shopping Cart