Siaran Akhbar Zunar

ADUAN

Pada 8 April 2019, saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai pemalsuan karya-karya kartun saya yang dilakukan dalam media sosial. No aduan tersebut ialah 0419-01-0001200-CPCB.

Aduan yang dibuat ialah mengenai dua pemegang akaun Facebook dan satu pemegang akaun Twitter yang telah memalsukan, menyiar dan menyebar kartun-kartun saya yang telah diubah. Mereka telah mengubah, mengedit, share, mengubah makna, mengubah karya seni saya melalui akaun media sosial masing-masing.

Pemegang akaun tersebut adalah:

1. Akaun Neezam Perkasa. Beliau membuat kesalahan itu pada 1 April 2019 atau sebelumnya dalam akaun facebooknya (disertakan screen shot postingnya).

2. Akaun Roslan Bian. Beliau membuat kesalahan itu pada 29 Mac 2019 atau sebelumnya dalam akaun facebooknya (disertakan screen shot postingnya).

3. Akaun Tun Faisal. Beliau telah membuat kesalahan itu pada 31 Mac 2019 atau sebelumnya dalam akaun twitter. Dia juga menyiarkan satu lagi kartun saya yang diubahsuai pada 7 April 2019 (disertakan screen shot postingnya).

Bersama ini juga disertakan karya asli saya yang disiar pada Disember 2015 dan Oktober 2012.

Oktober 2012
Disember 2015

Ini adalah satu kes jelas pelanggaran hakcipta dan pencerobohan hak intelektual.

Selain dari mengubah, merekayasa dan mengedit, mereka juga menambah kata-kata yang berniat jahat dan memfitnah bagi memusnahkan reputasi saya.

Pada ketika aduan dibuat, pemegang2 akaun tersebut mungkin telah memadamkan posting tersebut, tetapi ia tidak bererti mereka terlepas dari kesalahan jenayah ini.

TUNTUTAN

Oleh itu, saya akan mengambil jalan undang-undang bagi mengatasi masalah ini.

1. Semua pemegang2 akaun yang disebut di atas diberi masa tujuh (7) hari waktu bekerja untuk membuat satu status permohonan maaf terbuka kepada saya dalam akaun Facebook dan Twitter masing-masing. Dan kata-kata permohonan maaf ini terlebih dahulu mesti diluluskan oleh saya. Untuk tujuan ini, mereka boleh menghantarnya kepada saya melalui email [email protected] atau mesej ke Akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club.

2. Kegagalan berbuat demikian akan disusuli dengan tindakan undang-undang. Saya telah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini.

3. Tindakan ini tidak terlakluk kepada tiga pemilik akuan tersebut saja. Team saya akan terus menjejak perbuatan tidak bertanggungjawab ini dalam media sosial untuk diambil tindakan.

Zunar
8 April 2019